CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 6, 2008

my first trial

HATI SEORANG WANITA

Deruan ombak yang menghempas pantai mengejutkan aku dari tidur.Sayup- sayup kedengaran suara azan subuh bergema memanggil seluruh umat supaya menunaikan kewajipan terhadap Penciptanya. Aku bangun dari pembaringanku untuk bersiap menunaikan kewajipan.Itulah rutin seharianku sebagai santapan sebelum memulakan aktiviti harian.Suamiku telah lama bangkit dari tidurnya untuk bersiap sedia ke laut.Setelah menyelesaikan kewajipanku kepadaNya, aku perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri ,menyediakan segala keperluan suamiku yang keluar untuk mencari rezeki untuk kami.
Bot suamiku berlalu membelah laut yang menjadi sumber rezeki kami sekeluarga. dengan dengungan bunyi enjin yang kuat memecahkan lamunan ku yang jauh melayang.
“Aku bersyukur dengan kurniaan yang Engkau berikan kepadaku,suamiku dan keluargaku.Semoga ALLAH merahmati hidupku.”
Pagi hari aku duduk di pantai melihat matahari yang terbit di mana melambangkan hari baru bermula dan usia meningkat sehari lagi.
“Kak Ila buat apa kat sini sorang-sorang?”Tanya ipar tunggalku ini. “Abang Azim dah pergi?” tanyanya lagi sambil mengambil tempat di sebelahku.Aku hanya senyum dan mengangguk.Akhirnya kami melayani perasaan masing-masing.Persoalan yang Alia tanya kubiarkan sepi.Matahari semakin memancarkan cahayanya hingga memeritkan kulit.
“Matahari dah naik tinggi,jomlah kita naik ke rumah ,ibu mungkin dah terjaga”sapaku yang menganggu lamunan Alia.Kami melangkah pulang meninggalkan pantai yang amat menenangkan jiwa ini.Aku memimpin Alia menuju ke rumah.
“Kak ,akak dengan abang dah lama kahwin tapi masih berdua je,tak de hajat nak tambah bilangan ahli?”Tanya Alia dalam perjalanan pulang. “Tak de rezeki lagi Alia…… suami isteri mana yang tidak mahukan anak?Jawab ku dengan lemah.Aku tak mahu keluhan sentiasa menyelubungi ku. Aku redha dengan ketentuan tuhan..Aku sedar setelah 5 tahun berkahwin ,aku masih tidak dikurniai anak.
Aku sebatang kara yang tumpang bergantung hidup dengan Abang Azim, sentiasa serba salah atas kekurangan ini.Abang Azim sentiasa memberi sokongan kepadaku dan cuba buat aku gembira.Walaupun begitu,aku tahu di hatinya terselit perasaan untuk bergelar seorang ayah.Tetapi mampukah aku???Mampukah aku untuk merealisasikan impian seorang lelaki yang menyelamatkan aku dari hidup terumbang –ambing?
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Pagi tadi doktor di klinik desa,mengesahkan aku hamil.Betapa gembiranya bila aku mendengar khabar ini.Berita inilah yang selalu aku tunggu bila lagi aku mula merasa tidak sihat.ALHAMDULLILLAH.
“Tahniah puan .Ujian menunjukkan puan hamil.Hampir 2 bulan.”kata-kata doctor terngiang-ngiang lagi di telinga ini.Keluar dari klinik desa itu, aku menuju ke kedai Pak Rahim untuk membeli sedikit barang dapur.
“Ceria je Ila hari ni ,ada apa-apa ke?”Soal Pak Rahim.Pak Rahim amat baik denganku.Sentiasa memberi nasihat,teguran dan semangat kepadaku supaya tabah dengan dugaan yang mendatang.Pak Rahim tahu suamiku seorang nelayan muda yang sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan taraf hidup dan menyara aku,ibunya yang lumpuh dan adik ipar aku yang buta.Pak Rahim sentiasa mengambil berat tentang keluargaku,tak kiralah apa jenis masalah pun ,aku selesa meluahkannya pada Pak Rahim.Bagiku,Pak Rahim bagai bapaku yang telah lama tiada didunia ni.
“Abang Azim nak jadi ayah tak lama lagi ,Pak Rahim.”Aku tersenyum malu.
Pak Rahim yang mulanya kurang faham ,akhirnya tersedar .
“Kau mengandung ya, Ila?” Tanya Pak Rahim dengan nada gembira.Pak Rahim yang begitu gembira dengan khabar ini ,membungkuskan aku dengan pelbagai jenis barang untukku.Katanya untuk menjaga kandunganku.Aku ketawa melihat telatah Pak Rahim.
Berita ini aku khabarkan pada ibu mertuaku,betapa gembiranya dia sehingga mengalirkan air mata.Air mata kesyukuran!
“Alia,akhirnya tercapai juga hasrat akak nak menjadi seorang ibu”kataku pada Alia.Alia memelukku tubuhku dengan erat.Menjerit kegembiraan Alia!!!!
Aku tunaikan sujud syukur tanda kesyukuran atas kurniaan ini.
“Ya ALLAH,hambamu yang kerdil ini sujud menyatakan kesyukuran kepadaMu dengan kurniaan ini.Betapa besarnya kurniaan yang Engkau berikan dan sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.”
Satu ciuman kudus terlekat di dahiku setelah aku beritakan keadaanku kepada suamiku. “Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita kelak.Dan terima kasih kerana kandungkan zuriat untuk abang.”Kata-kata suamiku yang membuatkan aku terharu.

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Tujuh bulan berlalu,lahirlah seorang umat lagi yang diberi nama AHMAD FAKHURRAZI.Aku berikan kasih sayang dan didikan sepenuhnya.Aku amat menyayanginya kerana itulah satu-satunya hartaku yang amat berharga.Sejak kehadirannya di dalam hidupku,keceriaan dan kegembiraan sentiasa mengelilingi ku.Hinggalah pada suatu hari,sewaktu Razi berumur 5 tahun,dia disahkan menghidap penyakit leukemia.Luruh jantungku mendengar perkhabaran itu.Penyakit itu masih di peringkat awal.Namun Razi masih memerlukan pemantauan dari doctor.
“Ini ujian dari ALLAH untuk kita,Ila ,terima dengan tabah dan banyakkan berdoa.”Kata suamiku bagi menguatkan semangat yang semakin hilang.
“Ya ALLAH ,dugaan apakah yang kau berikan kepadaku ini.”bisik hatiku.
Aku meniti hari dengan penuh tabah dan sabar dengan karenah permata hatiku ini.Namun kadang kala aku kalah juga dalam perjuangan menahan kesedihan melihat penderitaan Razi.Air mata menjadi teman setia tiap kali Razi enggan makan ubat.Aku tidak mahu kehilangannya.Semakin lama,rambutnya kian gugur.Anak sekecil ini terpaksa menelan berpuluh-puluh jenis ubat untuk ubati penyakitnya,pilu hati seorang ibu melihat keadaan ini.Rengekan dan keluhan sentiasa bermain di bibir anak kecil ini.
“Ibu,Razi sakit bu,”rengekan yang sering kedengaran di bibir Razi.
Persoalan demi persoalan diajukan kepadaku.Kenapa dia tak boleh bermain lasak?Kenapa rambutnya gugur?Kenapa dia rasa sakit? Kenapa dia bukan macam kanak-kanak lain?Semua persoalannya bermula dengan kenapa!
“Apa yang harus kujawab pada anak sekecil ini,fahamkah dia tentang hakikat bahawa penyakitnya itu boleh meragut nyawanya?”bisik hatiku.
Suamiku berusaha untuk menampung perbelanjaan perubatan Razi.Namun apakan daya ALLAH lebih menyayangi Razi dariku.Razi jatuh sewaktu bermain basikal di halaman rumah, keadaan itu menjadikan penyakitnya bertambah teruk hinggalah pada suatu pagi yang hening Razi menyambut seruan IILAHI.Razi pergi meninggalkanku di saat aku masih belum puas mencurahkan kasih sayang kepadanya.
“Ya ALLAH ,mengapa hanya seketika cuma Kau beri aku kurniaan itu?Namun aku redha dengan kehendak-MU.Ambillah dia jika aku tidak layak untuk memenuhi amanah-Mu.Aku REDHA!!!!”Akhirnya pandanganku kelam………