CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

belum ada tajuk

Aku tahu tiada lagi cinta dalam hatimu untukku.Aku tahu cintamu kini berpaling pada yang lain setelah kusaksikan drama realiti yang kau lakonkan sebentar tadi.kenapa mesti begini jadi akhirnya,setelah aku menyerahkan cintaku sepenuh hati.Kenapa???????mungkin kau sudah jemu untuk menawan hati ini.

“Ya ALLAH ,kuatkanlah hati hamba-Mu ini untuk menghadapi dugaan yang Kau beri ini.” Ku meraup muka yang kini basah dengan air mata.

Impiannku untuk bersamanya kian usang meniti masa yang menghampiri untuk dicapai.Mengapa dia harus berubah laku?Jujurkah dia mencintaiku selama ini?Mengapa ini harus terjadi di hadapan mataku?Kemesraan yang kau ingini apabila bersamaku kini dilakonkan oleh kau bersama wanita lain.Dan aku pula menjadi penontonnya.Hati ini bagai dihiris dengan belati tajam yang mampu menghancurkan hatiku dalam sekelip mata.Aku pulang ke rumah dengan perasaan kecewa dan pilu.aku hidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.Hidup mesti diteruskan.

“Esok aku akan membuat perhitungan dengannya.”bisik hatiku.

Sampai di rumah teman rumahku pelik melihat keadaan ku yang kusut dan tak terurus.

”Aizah.kenapa ni?Kusut benar aku tengok keadaan kau?”Tanya Misha.

Aku melemparkan senyuman dan terus berlalu dari situ.Hambar sungguh senyuman itu.Pertanyaan Misha tidak ku jawab.Kepala kuserabut memikirkan apa yang ku lihat petang tadi.

“Aku akan cari siapa perempuan itu.”tekadku bagi menyelesaikan bebanan baru yang kupikul ini.

Aku menghempaskan diri ke katil.Berkeriut bunyi katil menerima berat badan ku.Air mata mengalir lagi.Begku ku letak disisi katil.Diminda terbayang –bayang lagi adegan mesra Izham dengan seorang wanita yang tidak jelas rupanya.Berpimpin tangan dan bergelak tawa bersama.Bahagia sungguh dia bersama dengan wanita itu.Aku ??? Bagai dihempap batu yang jatuh dari atas kepala.Aku menangis ,menangis dan terus menangis hingga terlena.Hilang sendu dalam kegelapan kelopak mata,hilang tangis dalam mimpi yang menjenguk lenaku .

Bunyi telefon bimbit menganggu tidurku.Aku berat untuk membuka mata apalagi untuk menyahut panggilan telefon.Deringan nada lagu ‘bye bye-Mariah Carey’ masih lagi kedengaran.Nampaknya tiada tanda-tanda untuk telefon itu berhenti berdering.Dengan malas ku mencari telefon yang berdering dalam beg tanganku.Kulihat nama Izham yang tertera di skrin telefon. “Apalagi lelaki ini mahukan dariku?tidak cukupkah derita yang dia simbah dihatiku hingga nanar jadinya?Aku hanya melihat telefon itu berdering.Aku tiada hati untuk menjawabnya.Masih tidak berhenti lagi deringannya?Pelik.Aku fikir Izham tidak ingat padaku lagi setelah keluar bersama kekasih barunya itu.

Aku kuatkan semangat untuk menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum…” sapaku .

“Waaalaikumsalam.,hai sayang kenapa lambat angkat.Dah tidur ke?”suara romantis Izham menyapaku di hujung telefon.

”Hmmmm….terlena kejap lepas balik tadi.”jawabku dengan lemah.

Aku malas untuk berlakon dengan pelakon lelaki terbaik ini.Benciku pada dirinya membuak-buak bila diriku dipanggil sayang.Huh hipokrit!Izham bercerita bagaikan tidak perasan yang aku di sebelah sini benci dengan butir bicaranya.Aku diam seribu bahasa.Mendengar dengan tidak ikhlasnya.

“So,you nak join tak percutian yang I rancang nie?”Tanya Izham.Aku bagaikan lembu dicucuk hidungnya tidak mengerti apa-apa.

“Haaaa…apa yang you cakap tadi?”aku bertanya kembali kepada Izham.

“You buat apa masa I terangkan tadi,buat penat I jelah bercerita dengan you nie,you lansung tak dengar !Hey, I tak suka bila I bercakap dan orang lain buat tak tau.I fed up lah dengan you ni!!!”Izham mematikan telefonnya.

Aku terkaku mendengar amarah Izham terhadapku.Tidak pernah dia berkata-kata kasar denganku seperti tadi.Izham memang sudah berubah..Aku tak mahu melayan lagi perasaan sedih ini lagi.Biarkanlah ia pergi.Aku bangkit dari pembaringanku untuk membersihkan diri.Aku tunaikan tanggungjawabku sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini.Aku baca kalimah –kalimah suci untuk menenangkan jiwa yang tidak tenteram ini.Sungguh tenang bila kalimah-kalimah ini diucap.Hati yang pilu ini terubat sedikit demi sedikit.Aku manusia biasa yang kadang- kadang perlu menerima ujian dari ALLAH bagi meningkatkan tahap keimanan.Ya mungkin ini ujian dari ALLAH untuk mengujiku tahap keimanan ku dan kesabaranku dalam menempuh dugaan yang mendatang.Aku redha dengan ketentuan takdir.

Harapanku,lembaran esok aku dapat tempuhi dengan baik.Aku kembali terlena dengan hati yang lara

Izham membaling telefon bimbitnya ke katil .Hatinya tercalar lagi gara-gara perangai Aizah yang acuh tak acuh itu.

“apa salah aku sehingga diuji begini?Kenapa susah benar untuk aku menawan hati Aizah?Aizah ,kenapa susah benar untuk kau megerti hati ini?”keluh Izham.

Izham meraup mukanya.Izham cukup kecewa dengan sikap Aizah.Izham merasakan bagaikan sebiji batu besar yang menghempap dirinya.Izham tidak mengerti dengan sikap Aizah yang telah 3 tahun dikenali.Pertama kali dia memandang Aizah ,Aiza telah melemparkan senyuman yang manis dan sekaligus menambat hati lelaki Izham.Sejak itu dia bertekad untuk mendekati Aizah dengan lebih rapat.Sedikit demi sedikit perasaan terhadap Aizah memenuhi ruangan jiwanya.Sangkanya Aizah akan menjadi miliknya namun meleset sama sekali.Aizah bagaikan jinak –jinak merpati.Sehingga Kini Izham gagal untuk memiliki Aizah.

“Apalagi yang perlu aku lakukan untuk memenangi hatimu Aizah.apa kurangnya aku?”Keluh Izham.

Izham memejamkan mata.Wajah Aizah melemparkan senyuman memenuhi ruangan matanya.Mimpi bila kah kau akan menjadi nyata?Layar fikirannya dipenuhi dengan bayangan Aizah.Tidak pernah sedikit tidak hati dan fikirannya melupakan Aizah.Sebelum balik tadi ,Izham telah berjumpa dengan kawan lamanya,Hafirah yang dating melawatnya sebelum berlepas ke Amsterdam untuk berkursus disana.Hafirah yang cantik jelita itu kelihatan bersungguh-sungguh meluahkan hatinya terhadap Izham.Izham tidak terkejut apabila Hafirah meluahkan perasaannya kepada Izham ,manakan tidak dari dahulu lagi Izham telah mendengar khabar angin yan bertiup kencang mengenai perasaan Hafirah terhadapnya.Satu kelas 5 Sains Tulen 3 tahu tentang cerita ini.namun Izham tidak mengendahkan gossip yang melanda dirinya pada masa itu.Baginya Hafirah adalah teman sekolah seperti rakan-rakan yang lain.Desakan Hafirah supaya menerima dirinya sebagai kekasih menyesakkan fikiran.Nampaknya Hafirah terlalu obses terhadapnya hinggakan sanggup mengugut untuk membunuh diri.Cetek benar akal seorang perempuan ini.Tidak terfikirkah dia tentang keluarganya.Izham menjanjikan keputusan apabila Hafirah balik dari Amsterdam.Kelihatannya Hafirah tersenyum dengan yakinnya bahawa Izham akan menjadi miliknya.Satu ciuman hinggap di pipi Izham dari Hafirah sebelum mereka berpisah.

“Mengapa bukan Aizah yang menghadiahkan ciuman itu?”satu soalan pelik yang bila seorang yang gila bayang menharapkan kekasihnya.Izham tersengih sendirian.Fikirannya kembali kepada Si ratu hatinya,Aizah. “Aizah”ungkap Izham dalam sendu bersama aliran air matanya.Hatinya tercalar lagi.

lama tak menjenguk blog ni..hingga terbiar sepi tanpa dipedulikan..tanpa update.sibuk memanjang dengan aktiviti kolej,universiti,keluarga dan macam-macam lagi.
sebenarnya pengurusan masa diri ini yang x proper.boleh kalau nak dan tiada alasan yang diberikan kalau betul-betul ada kemahuan.
hari ini,malam ni tergerak untuk menulis,tp idea selalu tergantung.hmmmm...idea kadang-kadang datang mencurah-mencurah.kadang-kadang lansung tak ada.
diri ini sekadar mencoret isi hati......

Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menhembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu -sedan,
tetapi,
cinta menghidupkan pengharapan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan.

Walaupun perasaan cintadan kasih sayang
merupakan fitrah daripada ALLAH,
tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu
tidak akan diperoleh sebagai satu anugerah
tanpa diiringi usaha dan susah payah.

Friday, June 6, 2008

my first trial

HATI SEORANG WANITA

Deruan ombak yang menghempas pantai mengejutkan aku dari tidur.Sayup- sayup kedengaran suara azan subuh bergema memanggil seluruh umat supaya menunaikan kewajipan terhadap Penciptanya. Aku bangun dari pembaringanku untuk bersiap menunaikan kewajipan.Itulah rutin seharianku sebagai santapan sebelum memulakan aktiviti harian.Suamiku telah lama bangkit dari tidurnya untuk bersiap sedia ke laut.Setelah menyelesaikan kewajipanku kepadaNya, aku perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri ,menyediakan segala keperluan suamiku yang keluar untuk mencari rezeki untuk kami.
Bot suamiku berlalu membelah laut yang menjadi sumber rezeki kami sekeluarga. dengan dengungan bunyi enjin yang kuat memecahkan lamunan ku yang jauh melayang.
“Aku bersyukur dengan kurniaan yang Engkau berikan kepadaku,suamiku dan keluargaku.Semoga ALLAH merahmati hidupku.”
Pagi hari aku duduk di pantai melihat matahari yang terbit di mana melambangkan hari baru bermula dan usia meningkat sehari lagi.
“Kak Ila buat apa kat sini sorang-sorang?”Tanya ipar tunggalku ini. “Abang Azim dah pergi?” tanyanya lagi sambil mengambil tempat di sebelahku.Aku hanya senyum dan mengangguk.Akhirnya kami melayani perasaan masing-masing.Persoalan yang Alia tanya kubiarkan sepi.Matahari semakin memancarkan cahayanya hingga memeritkan kulit.
“Matahari dah naik tinggi,jomlah kita naik ke rumah ,ibu mungkin dah terjaga”sapaku yang menganggu lamunan Alia.Kami melangkah pulang meninggalkan pantai yang amat menenangkan jiwa ini.Aku memimpin Alia menuju ke rumah.
“Kak ,akak dengan abang dah lama kahwin tapi masih berdua je,tak de hajat nak tambah bilangan ahli?”Tanya Alia dalam perjalanan pulang. “Tak de rezeki lagi Alia…… suami isteri mana yang tidak mahukan anak?Jawab ku dengan lemah.Aku tak mahu keluhan sentiasa menyelubungi ku. Aku redha dengan ketentuan tuhan..Aku sedar setelah 5 tahun berkahwin ,aku masih tidak dikurniai anak.
Aku sebatang kara yang tumpang bergantung hidup dengan Abang Azim, sentiasa serba salah atas kekurangan ini.Abang Azim sentiasa memberi sokongan kepadaku dan cuba buat aku gembira.Walaupun begitu,aku tahu di hatinya terselit perasaan untuk bergelar seorang ayah.Tetapi mampukah aku???Mampukah aku untuk merealisasikan impian seorang lelaki yang menyelamatkan aku dari hidup terumbang –ambing?
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Pagi tadi doktor di klinik desa,mengesahkan aku hamil.Betapa gembiranya bila aku mendengar khabar ini.Berita inilah yang selalu aku tunggu bila lagi aku mula merasa tidak sihat.ALHAMDULLILLAH.
“Tahniah puan .Ujian menunjukkan puan hamil.Hampir 2 bulan.”kata-kata doctor terngiang-ngiang lagi di telinga ini.Keluar dari klinik desa itu, aku menuju ke kedai Pak Rahim untuk membeli sedikit barang dapur.
“Ceria je Ila hari ni ,ada apa-apa ke?”Soal Pak Rahim.Pak Rahim amat baik denganku.Sentiasa memberi nasihat,teguran dan semangat kepadaku supaya tabah dengan dugaan yang mendatang.Pak Rahim tahu suamiku seorang nelayan muda yang sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan taraf hidup dan menyara aku,ibunya yang lumpuh dan adik ipar aku yang buta.Pak Rahim sentiasa mengambil berat tentang keluargaku,tak kiralah apa jenis masalah pun ,aku selesa meluahkannya pada Pak Rahim.Bagiku,Pak Rahim bagai bapaku yang telah lama tiada didunia ni.
“Abang Azim nak jadi ayah tak lama lagi ,Pak Rahim.”Aku tersenyum malu.
Pak Rahim yang mulanya kurang faham ,akhirnya tersedar .
“Kau mengandung ya, Ila?” Tanya Pak Rahim dengan nada gembira.Pak Rahim yang begitu gembira dengan khabar ini ,membungkuskan aku dengan pelbagai jenis barang untukku.Katanya untuk menjaga kandunganku.Aku ketawa melihat telatah Pak Rahim.
Berita ini aku khabarkan pada ibu mertuaku,betapa gembiranya dia sehingga mengalirkan air mata.Air mata kesyukuran!
“Alia,akhirnya tercapai juga hasrat akak nak menjadi seorang ibu”kataku pada Alia.Alia memelukku tubuhku dengan erat.Menjerit kegembiraan Alia!!!!
Aku tunaikan sujud syukur tanda kesyukuran atas kurniaan ini.
“Ya ALLAH,hambamu yang kerdil ini sujud menyatakan kesyukuran kepadaMu dengan kurniaan ini.Betapa besarnya kurniaan yang Engkau berikan dan sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.”
Satu ciuman kudus terlekat di dahiku setelah aku beritakan keadaanku kepada suamiku. “Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita kelak.Dan terima kasih kerana kandungkan zuriat untuk abang.”Kata-kata suamiku yang membuatkan aku terharu.

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Tujuh bulan berlalu,lahirlah seorang umat lagi yang diberi nama AHMAD FAKHURRAZI.Aku berikan kasih sayang dan didikan sepenuhnya.Aku amat menyayanginya kerana itulah satu-satunya hartaku yang amat berharga.Sejak kehadirannya di dalam hidupku,keceriaan dan kegembiraan sentiasa mengelilingi ku.Hinggalah pada suatu hari,sewaktu Razi berumur 5 tahun,dia disahkan menghidap penyakit leukemia.Luruh jantungku mendengar perkhabaran itu.Penyakit itu masih di peringkat awal.Namun Razi masih memerlukan pemantauan dari doctor.
“Ini ujian dari ALLAH untuk kita,Ila ,terima dengan tabah dan banyakkan berdoa.”Kata suamiku bagi menguatkan semangat yang semakin hilang.
“Ya ALLAH ,dugaan apakah yang kau berikan kepadaku ini.”bisik hatiku.
Aku meniti hari dengan penuh tabah dan sabar dengan karenah permata hatiku ini.Namun kadang kala aku kalah juga dalam perjuangan menahan kesedihan melihat penderitaan Razi.Air mata menjadi teman setia tiap kali Razi enggan makan ubat.Aku tidak mahu kehilangannya.Semakin lama,rambutnya kian gugur.Anak sekecil ini terpaksa menelan berpuluh-puluh jenis ubat untuk ubati penyakitnya,pilu hati seorang ibu melihat keadaan ini.Rengekan dan keluhan sentiasa bermain di bibir anak kecil ini.
“Ibu,Razi sakit bu,”rengekan yang sering kedengaran di bibir Razi.
Persoalan demi persoalan diajukan kepadaku.Kenapa dia tak boleh bermain lasak?Kenapa rambutnya gugur?Kenapa dia rasa sakit? Kenapa dia bukan macam kanak-kanak lain?Semua persoalannya bermula dengan kenapa!
“Apa yang harus kujawab pada anak sekecil ini,fahamkah dia tentang hakikat bahawa penyakitnya itu boleh meragut nyawanya?”bisik hatiku.
Suamiku berusaha untuk menampung perbelanjaan perubatan Razi.Namun apakan daya ALLAH lebih menyayangi Razi dariku.Razi jatuh sewaktu bermain basikal di halaman rumah, keadaan itu menjadikan penyakitnya bertambah teruk hinggalah pada suatu pagi yang hening Razi menyambut seruan IILAHI.Razi pergi meninggalkanku di saat aku masih belum puas mencurahkan kasih sayang kepadanya.
“Ya ALLAH ,mengapa hanya seketika cuma Kau beri aku kurniaan itu?Namun aku redha dengan kehendak-MU.Ambillah dia jika aku tidak layak untuk memenuhi amanah-Mu.Aku REDHA!!!!”Akhirnya pandanganku kelam………